Rabu, 13 Julai 2011

Amanah Buatku..

Alhamdulillah syukur..segalanya telah dipermudahkan oleh yang ESA..kita hanya mampu merancang akan tetapi perancangan dariNYA adalah yang terbaek.. Aku telah di ketemukan dengan jodoh juga sayap kiriku..tarikh 9 julai juga tarikh perhimpunan BerSih menjadi tanda ikatan kasih telah terbina..Moga hubungan halal yang baru berputik ini akan terus di berada di landasannya & di rahmati serta di berikan kekuatan untuk bersama menharungi badai mehnah,pacaroba perjalanan kehidupan ini..Sesungguhnya p'nikahan ini bukanlah untuk bersukaria smata2..tetapi dkwah  & meneruskan p'juangan..agar cinta ini tidak melebihi cinta kita pada  penciptaNYA ..InsyaAllah...

Sungguh indah ciptaan Tuhan
Jodoh dan pertemuan ditentukan
Indah tika dua jiwa dipertemukan
Dalam redha yang diperkenankan
Pertemuan yang dinantikan
Sekian lamanya oleh dua insan
 
Pertemuan yang tidak dirancang
Mahupun di ada-adakan
Tidak diduga mahupun diteka-teka
Segalanya dalam pengetahuanNya
Tuhan yang Maha Esa
 
Bila dua jiwa ada satu rasa
Bergetar tika merasainya
Mohon padaNya agar terpelihara dari dosa
Salurkan pada yang sepatutnya
Orang tengah itu sebaiknya
 
Syariat dititik beratkan dan diutamakan
Tidak disampingkan mahupun disisihkan
Kerna jiwa terikat dengan peraturan Tuhan
Restu ayah bonda dalam ingatan
Segalanya mengikut kehendak Tuhan
 
Insya’Allah segalanya dipermudah
Allah Maha Tahu lagi Maha Bijaksana
Dengan izinNya bersatulah dua insan
Demi mencari redha Tuhan
Melayari bahtera impian
Merenangi lautan bersama insan pilihan
Bukan pilihan diri untuk insan
Tapi pilihan Tuhan untuk hambanya


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...