Jumaat, 10 Disember 2010

Siapakah...

Siapakah orang yang Sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Rabu, 3 November 2010

Sekufu Dalam Perkahwinan: Satu Perspektif

Apa Itu Sekufu ?
Sekufu ialah persamaan di antara calon suami dan isteri daripada beberapa sudut:

1. Beragama dan baik. Maksudnya lelaki fasik tidak sekufu dengan perempuan solehah.

Dalam masalah ini, syara’ menganjurkan supaya mencari pasangan yang sekufu dari sudut beragama dan baik akhlak budi bicara.

“Bagaimana pula seseorang berkahwin kerana mahu berdakwah dan mendidik pasangannya?”

Sekiranya seorang lelaki yang kuat agama, alim dan tsiqah perilakunya mahu menjadikan seorang perempuan yang cetek agama bertujuan untuk mendidik. Ianya tidak menjadi kesalahan besar. Alhamdulillah jikalau itu matlamat dan niatnya. Tetapi seandainya perempuan yang baik dan beriman mahu berkahwin dengan lelaki fasik atas dasar kerana mahu mendidik lelaki itu, Adalah tidak digalakkan.

“Kenapa?” Muncul persoalan.

“Bukankah lelaki itu pemimpin wanita? Wanita itu sifatnya lemah lembut? Cuba lihat sejauh mana seorang perempuan mampu mengubah seorang lelaki dengan sifat keegoannya yang tinggi? Mampukah?…”

“Saya bimbang perempuan yang solehah pada asalnya, solat menjadi tiang hidupnya, puasa menjadi makanan jiwanya, Quran menjadi penawar hatinya, hijab menjadi pakaiannya akan lenyap, terhakis lalu tenggelam ditengah-tengah perilaku si suami fasik..”

Sabda Baginda Rasulullah SAW:

Telah bersabda Rasulullah SAW: “Apabila datang akan sekalian kamu orang yang kamu sukai agamanya dan perangainya maka nikahkanlah olehmu akan dia jika tidak lakukan nescaya jadi fitnah dibumi dan kebinasaan,” kata mereka itu: “Ya Rasulullah dan jika ada padanya sekalipun (sudah b'khwin)?” Sabda Rasulullah SAW: “Apabila datang akan sekalian kamu orang yang kamu sekalian sukai agamanya dan perangainya maka nikahkan akan dia, tiga kali.”

2. Pekerjaan. Lelaki yang mempunyai kerja yang rendah seperti tukang sapu, tukang kebun, pencuci tandas tentulah tidak setaraf dengan anak perempuan Mufti, lelaki alim, Qadi dan tokoh korporat.

“Kalau begitu, nampak seperti wujud kasta dan darjat keturunan?”

Perlu difahami, bukanlah sekufu itu mahu membezakan darjat dan keturunan seseorang sehingga menganggap pekerjaan sedemikan rupa sebagai suatu pekerjaan yang hina dina. Akan tetapi sekufu adalah bertujuan memberi kelebihan dan kebebasan pihak wanita dan wali untuk memilih bakal menantunya.

3. Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan berlakunya fasakh dalam perkahwinan.

Contoh lelaki yang mempunyai penyakit Aids HIV, gila, sakit kusta atau sopak sudah tentu tidak sama ataupun setaraf dengan perempuan yang sihat. Selain mendapat malu, dibimbangi juga akan berlaku kemudharatan kepada wanita bilamana berkahwin dengan lelaki berpenyakit sebegitu.

Adakah sekufu antara syarat wajib?

Tidak, cuma dalam masalah sekufu ianya merupakan hak seorang perempuan dan hak walinya. Sekufu bukanlah antara syarat sah perkahwinan, ia hanya sebagai langkah mengelakkan wanita dan walinya menanggung malu ataupun berlaku kekeruhan rumah tangga kelak. Di antara tujuan sekufu ialah supaya pihak wanita tidak perlu mengubah kebiasaan hidup mereka.

Nabi Muhammad SAW meraikan hak sekufu sebagaimana sabda baginda dalam sebuah hadis bermaksud:

“Pilihlah bagi permata-permata kamu (anak-anak perempuan kamu) dan kahwinkanlah dengan yang sekufu dan kahwinkanlah mereka kepadanya.”(Riwayat Hakim: 2/163)

Oleh kerana ianya bukan menjadi syarat sah perkahwinan, maka pihak wanita dan wali boleh saja menggugurkan syarat ini mengikut pandangan sendiri. Dengan kata lain, sekiranya wanita dan pihak wali meredhai lelaki yang bakal berkahwin tanpa melihat syarat sekufu maka nikahnya adalah sah.

Wallahhua’lam.

Isnin, 18 Oktober 2010

Hakikat Kehidupan..

Thank You Allah (Alhamdulillah) - Maher Zain

Setiap kali diriku merasa seperti tidak mampu meneruskan hidup lagi...
Terasa sangat kehilangan entah apa...
Menyatakan bahwa diri ku begitu sendirian
Semua ku lihat kelam-malam

Dan kegelapan menyelubungi di seluruh jiwa ku
Adakala nya diriku merasa begitu tak berdaya
Hilang daya ku melihat jalan mana yang harus ku pilih

Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil..
Namun tidak pernah aku kehilangan harapan

Kerna ku yakin Allah selalu di sampingkuInsya Allah akan dapat ku mencari jalan cahaya..

Setiap kali diri ku melakukan satu kesalahan lagi
Terasa bagaikan pintu taubat tertutup bagi ku
Dan bahawa telah lambat untuk ku mencari jalan taubat
Adakala nya diriku menjadi bingung
Keputusan yang salah yang ku pilih
Keputusan sebegini menghantui fikiran
Dan hati ku penuh dengan rasa malu

Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil.. Namun tidak pernah aku kehilangan harapan

Kerna ku yakin Allah selalu di sampingku.

Cabaran 1 dalam 10000

Alhamdulillah pada tanggal 10.10.2010 dpt juga b'kumpul bagi menjayakan perhimpunan 10ribu ahli silat cekak ustaz hanafi seluruh negeri..telah di adakan di dataran merdeka..ak mgikut/wakil kontingen negeri perak.,Walaupun sasaran 10ribu tidak tercapai dgn hy 7356 psrta tp msih lgi pgg malysia record phmpunan tbyk.,thniah bt silat cekak dan persembahan yang menarik oleh2 pendekar2 kita..moga silat terus di martabatkan dan seni lain tidak di perkecil dan dilupakan serta niat mempelajari di perbetulkan..insyaAllah sumenya mdapat berkat Ilahi...

Isnin, 27 September 2010

Lelaki & Wanita


Antara Lelaki Dan Perempuan

1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;

9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan macam-macam lagi.

10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi..:)

Jumaat, 17 September 2010

kelebihan puasa 6

PUASA enam hari pada bulan Syawal adalah kesinambungan kepada ibadat puasa sebulan yang diwajibkan pada Ramadan.

Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh yang terdahulu.

Nabi s.a.w ada menjelaskan ganjaran kepada mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya, antaranya hadis diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.”

Menerusi hadis lain yang dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan dan diiringi dengan puasa enam hari pada Syawal, nescaya hilang segala dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”

Penegasan baginda itu menunjukkan puasa enam hari bulan Syawal amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib, kerana ganjarannya sangat besar.

Eid Mubarak

Rabu, 1 September 2010

Diri kita sebenarnya..


Kita Sebenarnya.....

......lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !
......lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal !
......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !
......lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan !
......lebih suka lepak, tidur, tengok TV...dll daripada Solat dan mengaji !

......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !
......lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !
......lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid !
......lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri !

......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !
......lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !
......lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !
......lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !
......lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan !
......lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !
.......lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat !

TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...

KITA SEBENARNYA.. ....lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka !

Layakkah kita dengan Syurga Milik Allah??

WALLAHHUALLAM..

Allah merancang y terbaek buat kita :)


♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

~ALLAH knows BESt!~♥

Khamis, 5 Ogos 2010

Selamat BerPuaSa (*

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak & berpuasa kepada Seluruh pelusuk Umat Islam..syukur alhamdulillah tahun ini jika diberi kesempatan dapat menemui lagi bulan yang di nanti-nantikan..,bersamalah kita mengisi bulan ramadhan yang mulia dan ini dengan amalan-amalan yang sepatutnya..uhu..taun ni rsanye first b'buka xdpt b'sama keluarga di kmpung..Apa pun bila g bazar ramadan nt jgn beli mgikut nafsu..besa la tgk sume nk makan,..

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh barojhah, penuh ampunan. Tidak heran jika banyak umat Islam di seluruh dunia sangat merindukan bulan Ramadhan. Nabi bersabda bahwa pada Bulan Ramadhan di bagi menjadi 3 bagian dimana 10 hari pertama di Bulan Ramadan adalah Rahmat. Dimana pada 10 hari pertama ini banyak sekali rahmat yang diturunkan oleh Allah kepada kita baik yang kita sadari maupun yang tidak kita sadarai.

Kemudian 10 hari kedua adalah maghfirah atau ampunan. Pada 10 hari kedua hendaklah kita memperbanyak sholat malam, berdoa dan dzikir... karena pada sepuluh hari kedua ini adalah kesempatan kita untuk mengurangi dosa-dosa yang sudah kita perbuat. Hendaknya kita berdoa dan dzikir untuk memohon ampunan Allah agar di ampuni dari dosa-dosa dan di jauhkan dari siksa api neraka.

Dan sepuluh hari terakhir adalah penghindaran dari siksa api neraka, pada sepuluh hari terakhir adalah kesempatan kita untuk kembali menyucikan diri dan kita hendaknya lebih banyak lagi berdoa untuk mendapatkan ampunan dari Allah. Karena di bulan ini adalah saatnya kita di beri kesempatan oleh Allah untuk bisa terhindar dari api neraka.
p/s: Kurma jangan lupa
Terawih jangan malas2x..
baca al-quran
insyallah..

10 erti kasihnya..

1. Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
Mimpi Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?
" Manusia merancang, Allah menentukan."

Jumaat, 25 Jun 2010

Bulan Rejab'

Kelebihan Bulan Rejab

1. Sabda Nabi S.A.W. : Hendaklah kamu memuliakan bulan rejab nescaya ALLAH muliakan kamu dgn seribu kemulian di hari Qiamat. (Al-Hadis)
2. Sabda Nabi S.A.W. : Bulan Rejab Bulan ALLAH, Bulan Syaaban Bulanku, Dan Bulan Ramadan Bulan Umatku. (al-Hadis)
3. Kemuliaan Rejab dgn mlm Israk Mikrajnya, Syaaban dgn mlm Nisfunya, dan Ramadhan dgn Lailatul-Qadarnya.
4. Mlm awl rejab mustajab doanya(dlm kitab Raudhoh Iman Nawawi)
5. Bagi siapa yg lemah dr berpuasa pd bln rejab hendaklah bersedekah tiap2 ari skurg sbiji roti.(al-Hadis)
6. Allah buka pintu langit sampai ke langit ke-7
7. Allah buka pintu syurga
8. Allah mudah mengampunkan dosa hamba-Nya

Amalan Bulan Rejab

1. berpuasa
2. smbhyg sunat mengirigi fardhu n ssudah fardhu
3. berdoa
4. bertasbih
5. sembhyg tahajjud
6. smbhyg sunat tasbih


*** Bramalah pd 27 rejab dgn bersungguh2.
Berpuasa pd siang n beramal yg lain

*** pd 27 rejab, bykkan bersedekah.

*** Pd mlmnya, berjaga mlm penuh dgn amalan.

Selasa, 22 Jun 2010

NaTional Tkd 2010'



Alhmdulillah selesai sudah kejohanan Tkdo kbgsaan 2010 di shah alam pada 18-20 jun 2010,sekali lagi kedah menjuarai keseluruhan dgn 9 emas dan juga merupakan kjohanan yg akhir bgiku..krn bniat utk bhenti dari acara sparring,mgkin next kbgsaan di sabah aku akn pergi skdar refree dan masuk acara special teknic shja.Tahun ini syukur krn kedah dpt mjulang & mbawa blik terus piala agung mizan. Ckup la.. ini kali ke 7 aku main kbgsaan xlaarat.. dah., sume itu atas minat, riadah & kwn2..amien Ya raBB ats kjayaan ini.

Rabu, 2 Jun 2010

Peace of soul




Maafkan diriku..

Kiranya benar takdir pertemuan kita
cuma setakat ini
maaf ku pohon darimu teman
dari detik pertama
hingga saat perpisahan

Maaf ku tak berdaya
menjadi seperti yang kamu inginkan
tiada niat untuk ku melukakan hatimu...
tiada daya ku merealitikan segala impian itu..
aku cuma diriku
aku bukan insan sempurna

ketahuilah teman..siapalah diriku ini..
dalam perjalanan sepiku ini....
tiada yg indah melainkan kecintaanNYA
Yg hanya berlandaskan ketulusan jiwa...

Maaf ku tak bisa
melupakan segala yang ada padamu
akan sentiasa di kalbuku
menjadi kenangan antara kita

Andai tiba saatnya
kamu sudah temui pengantiku
akan ku titipkan doa moga kamu bahagia di sampingnya
indahnya pekenalan ini
jika bertemu dan berpisah
kerana mu ya Allah..

Isnin, 3 Mei 2010

K'hidupan Pemimpin yang di Geruni barat'

Dr Mahmoud Ahmadinejad- Presiden Iran di lahirkan pada 28 oktober 1956 di gelar sebagai Singa islam dan digeruni oleh negara barat dengan kemimpin,kelantangan,cerdik dan ketegasan beliau..akn ttpi beliau sbnarye seorg yg merendh dri dan selalu mlemparkan seyuman ya..Perkara pertama yang beliau isytiharkan selepas memegang jawatan Presiden adalah pemilikan hartanya yang ‘Besar’ iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model tahun 1977, sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di Tehran, akaun simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang masuk ke dalam akaunnya hanyalah daripada gaji yang diterimanya sebagai seorang pensyarah di Universiti yang berjumlah hanya 250 Dolar Amerika sebulan.

Beliau masih lagi tinggal di rumahnya yang lama itu. Itulah sahaja harta yang dimilikinya. Beginilah kehidupan seorang Presiden kepada salah sebuah negara yang terpenting di dunia ini.

Salah satu perkara yang amat menakjubkan buat kakitangan-kakitangan di pejabatnya adalah sebuah beg yang sentiasa dibawa setiap hari. Di dalamnya mengandungi makanan sarapan paginya, sedikit roti sandwic atau roti biasa dengan minyak zaitun dan keju yang disediakan oleh isterinya. Beliau menikmati makanan-makanan tersebut dengan begitu ceria sekali.


memakan sarapan yg dibekalkn oleh isterinya..& bersolat di mana shja..-subhanallah..

tidak b'jabat sebaliknya hya mnuduk hormat dgn seyuman..utk tdk mgecilkn atinya
hya tidur di lantai..siapakah beliau ni?? Presiden Iran..kita?

Selasa, 27 April 2010

Refresh renungan bersama'

RENUNGAN:
1) Dari bujang --- kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.
2) Dari jalan kaki ..naik bas ...Moto kapcai --- kancil---wira --- Honda --- BMW/Mercedes
3) Main Guli ---- Bola ---- Badminton ----- Golf
4) Rumah sewa ---- rumah murah --- rumah teres --- banglow/mansion...
5) Driver --- Technician ---- supervisor --- engineer --- manager/Pengurus Besar
6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...
7) Kg Air --- Kota Kinabalu --- Kuala Lumpur ---- Haadnyai --- Bangkok -- London
8) Mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---lautdalam(bot mewah)

Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour..... . Alhamdulillah..TETAPI...Tetapi apa yang banyak berlaku ialah PERSONAL improvement. Perkara berkaitanAKHIRAT slowly di ketepikan... . .
Contohnya:Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur........ tinggal sajadahKalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa...alhamdulillah, kesedaran tetap ade di kalangan kita, kita tengok ape kontijensi plan yang boleh kita buat....Umpamanya:

1) Tak Solat ---Belajar Solat---- pastikan solat ---jadikan amalan.....
2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...
3) KL ---- madinah ---- mekah
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00---- ---
5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid. ...
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....
7) 3 jam baca suratkabar/majallah /internet ----- 2 jam majallah/surat khabar/internet ------ 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8) Baby --- muda --- remaja ---- dewasa --- tua --- mati
9) sihat---kuat- --lemah-- --sakit-- --mati.

Melaka B'daraya B'sejarah..

24 April 2010 telah b'kunjung ke melaka stelah skian lma tdk mjejaki kaki ke sana, tjuanya utk melihat ank utz i-tkd ku yg memasuki hafaz al-qur'an peringkat kebgsaan di dewan MITC.,sampai msuk dewan ngam2x turn die,alhmdulillah sempat ..rmai jg yg hadir..

Omar sdg m'pdgrkn hafazan ye..

slps selesai sume pe lgi..jln mkn angin la..he2x..

Ahad, 18 April 2010

Coretan 17 April 2010...

Alhamdulillah pagi sempat b'tolak dengan 2 biji keta untuk menghadirkan diri ke kejohanan taekwondo terbuka di politeknik perlis sebgai refree walaupun i-tkd xdpt mghntr rmai wakil krn utz tiada mgerjakan umrah.,kejohanan t'sebut di rasmikn oleh Master Amir Presiden MGTF.
Jam 1 ptg aku t'pksa excuse sebab dh janji nk pergi b'jaulah Alumni ke rumah shbt yg mengalami kemalangan dan shbiah yg bru mendapat cahaya mata. P'jalanan ke sane kami singah di rumah saudara taufikil menjamu selera di pendang..di hidang laksa..lama xpekena laksa,tp mmg sdp,kuahye len dri yg len..tmbh 2 kli jga la aku..hi2x.

di rumah akhi madi..

dh pnt b'jaulah prut pn b'bunyi.. mkn mlm di mesra jaya Sg petani

On The Way blik aku sempat g perhimpunan Ummah save palestin di dewan milenium kpala batas.,di susuri ceramah,tayangn gbr y menyayat ati dan pesembahn kumpulan unic.rmai juga owg y hadir dan ngo-ngo b'kaitan..tamat hmpir 12.30 mlm..

Isnin, 5 April 2010

sekitar tnmt tkd tanjung malin

3-4 april 2010 telah b'langsung kjohanan tkd jemputan sek & ipt di poli tanjung malin, alhmdulillah i-tkd meraih johan keseluruhan dengan 9 emas..thniah sume..

team i-tkd

gerai jualan pljr poli sekitar tnmt..-amboi.. tyg medal

urusetia y btkus lmus..mjayakn kjohann..sybas

Selasa, 30 Mac 2010

Jaulah ke kelantan darul naim..

Pada 26-28 mac 2010 i-tkd uitm pp berjaulah ke klntan,..alhmdulillah sume selamat pg n blik,membantu ustaz di sane,bertolak jumaat dn bermalam di chalet bayu melawi-cantik tmpat-dlm program adalah friendly sparing gan uitm kelantan, grading belt,jln mkn angin & berjumpa tok guru walaupun x berkesempatan kerana xtvt tok guru padat..nk g jom heboh 1st di klntan xleh sebab owg mst rmai & jalan jem..

wlaupn blwtn xtvt rohani x dilupakan..solat secara bjemaah sume waktu,tahajud dan takhirah dari ustaz

pewitt.he2 srikndi dok brsiang ikan n ayam tuk BBQ...

pe lagi...xtvt bebas la.. friendly match gn uitm klntan


jalan-2x mkn angin skitar klntn..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...