Khamis, 21 Januari 2016

Selasa, 18 Ogos 2015

Jumaat, 13 Februari 2015

Kehilangan Pemimpin Yang Sukar di Cari Ganti Allahyarham Tok Guru Nik Aziz

Sungguh terasa kehilanganmu di saat kami memerlukan..Terima Kasih tidak terhingga atas segala yang engkau telah berikan. Keperibadianmu dan kesederhanaan sukar dicari ganti..Damailah dikau disana.


10 Januari 1931 - 12 februari 2015 sama tarikh dengan Al-shahid Hassan Al-Banna

KEPERIBADIAN TGNA DARI CERITA OLEH SEORANG NON-MUSLIM

Malam ini (13hb Februari)  , lain sungguh rasa nya bila mendapat berita mengenai kematian Tok Guru Nik Aziz, TGNA.Saya, secara peribadi, memang kagum dan menghormati beliau. Dan saya ingin kongsikan pengalaman ketika bertemu dengan beliau di salah sebuah restauran makan di Kelantan beberapa tahun dahulu. Memandangkan saya dan rakan rakan saya, semua nya berbangsa Punjabi (kami semuanya 5orang sahabat, cuma saya sahaja yang tidak memiliki sarban), maka nak dijadikan cerita, masa itu, rakan rakan saya sentiasa dipandang oleh penduduk Kelantan. Rasa macam artis pulak, semua nak berkenalan....hmmm Di restoran itu kami berkumpul untuk mkn . Sambil jamu selera, rakan saya memberitahu, bahawa orang yang duduk di hujung meja itu adalah TGNA. Saya tak percaya, takkan la TGNA sebagai Menteri Besar nak makan kat kedai ini (tak ingat pulak nama kedai tu), dah tu pulak takde bodyguard, mustahil, mana mungkin seorang yang diberikan mandat menguruskan negeri jalan senang lenggang macam tu je tanpa bodyguard. Kawan saya pula confident sungguh beliau adalah TGNA. Saya pun bangun pergi, nak tanya sendiri, betul ke? Bila saya beri ucapkan Selamat Pagi kat beliau, dan saya tanya betul ke Encik ni TGNA. Dia menjawab yer...Opocot!!! betul laa...aduhai, terkezut siot. Saya pun senyum dan toleh kat kawan saya, saya angguk kepala memberikan isyarat yang mereka itu betul. TGNA pun bertanya, siapa nama, dari mana, nak kemana...saya pun bagi tau yang kami daripada Ipoh Perak, datang melawat Kelantan selepas balik dari pulau perhentian. Dan TGNA pun cerita tempat yang menarik saya dan kawan kawan saya boleh lawati....sempoi je bercerita dan bersembang dgn TGNA ini. Lepas tu saya pun join member saya, makan.... TGNA selepas selesai makan, datang ke meja kami, dan dia ucapkan selamat datang ke Kelantan dan terus membawa diri....ringkas je dia wish kat kami semua, mungkin ade urusan ler tu yang perlu dikerjakan.... Dan kami pun selepas beberapa minit, habis makan nak bayar. Bila pergi ke kaunter nak bayar, rupa rupa nya bill makan minum kami telah disettle kan oleh TGNA...uishhh...sampai mcm tu sekali! nak ucapkan terima kasih pun kami tak sempat, beliau masa tu dah lama beredar. Memang pengalaman yang sungguh menarik. Dan ketika saat itu, ianya menjadi turning point pada diri yang kerdil ini, bahawa apa jua yang saya ketahui mengenai TGNA dan juga parti nya adalah amat serong sekali (terima kasih kepada media tempatan yang menanamkan pemikiran negatif kami terhadap TGNA dan juga parti nya... saya tak berminat nak ceritakan pasai media kita, utusan meloyakan, dan juga berita hairan dan mana mana yg sekutu dgn nya, sudah lebih 10 tahun diri ini tak layan mainstream media). Itu lah cerita yang saya nak sampaikan..dan memang betul, TGNA ini, memang humble orang nya. Banyak juga member kenalan memberitahu saya, dia tinggal dirumahnya dan tidak pun bangga tinggal dikediaman rasmi yang sepatutnya. Tiada protokol yang ketat untuk berjumpa dengan nya...mudah nya nak berurusan tanpa banyak karenah. Malah saya juga mendapat tahu, beliau banyak menderma duit gaji nya....sungguh mulia hati TGNA ini....segala jua urusan yang dia lakukan adalah kerana Allah s.w.t Semoga, pendekatan beliau menjadi ikutan kepada barisan pemimpin yang memimpin negara ini. Walaupun saya non-muslim, tetapi saya memang respect kepada TGNA. Pernah juga terkilan dengan member lain yang mengkutuk dan menghina beliau hanya kerana perbezaan ideologi politik. Lebih terkilan dan tersentap apabila hinaan itu datangnya dari Muslim....aduhai.... Ape ape pun, kita ketepikan fahaman masing masing, ambil yang jernih, buang yang keruh. Kepada rakan KGM semua, terutamanya yang beragama Islam, hari ini, hari Jumaat, dan ketika menunaikan solat Jumaat nanti, doakan TGNA semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang beriman. 
-Rajinder Singh a.k.a Tutor Raj


Tuhan memanggil ku tidak menyahutnya


Tuhan memanggil aku mendengar saja
Tuhan memanggil aku ku sahut sekali-sekala
Tuhan memanggil aku ku cuba menerimanya

Tuhan memanggil ku sahut bertalu-talu
Tuhan memanggil ku jemu menyahutnya
tapi aku memaksa diriku menerimanya
itulah diri aku belum jinak dengan Tuhan

aku akan jinakkan dengan berkelana 2x


AL-FATIHA


Rabu, 3 Julai 2013

SALAM RAMADHAN 2013 SEMUA


Moga diizinkan untuk diketemukan-InSha ALLAH
http://www.youtube.com/watch?v=WXHmbZZU2Vg


dapat lak sambung pjj tp enggineering jga.otak dah karat..tengok la cmne

Ahad, 4 November 2012

Elakkan Suntikan Imunisasi

Pada asasnya, imunisasi atau vaksin yang disuntik ke dalam badan kanak-kanak diperbuat daripada virus yang diambil dari kambing yang mati dan busuk.

Virus ini dilemahkan dengan plumbum, merkuri dan aluminium. Ia ditambah pula dengan ekstrak air punggung babi, anjing dan monyet.

Antara kesannya ialah kanak-kanak akan mudah mendapatkan demam panas, demam kuning, minda menjadi lemah akibat plumbum.

Manakala apabila dewasa kelak mudah mendapat penyakit berbahaya seperti kanser akibat merkuri, nyanyuk atau masalah mental akibat alumunium.

Logam-logam berat seperti plumbum, merkuri dan alumunium akan menjadikan anak mudah menjadi hiperaktif dan agresif membabi buta. Manakala ekstrak air punggung babi, anjing dan monyet pula boleh menyebabkan gejala sosial pada muda-mudi seperti ketagihan ubat-ubatan terlarang, sex bebas dan sebagainya.

APAKAH KITA PERLU BUAT
.
Sebaik-baiknya jangan menerima imunisasi. Jika kita hendak melakukannya, tanya dahulu apakah kandungannya dan mintalah jaminan.

Antara perubatan yang menentang keras imunisasi dan suntikan vaksin ialah Perubatan homeopati dan beberapa perubatan alternatif lain.

Para doktor Homeopati tidak setuju atau menentang imunisasi kerana ia adalah punca dari pelbagai penyakit kronik seperti asma, jantung berlubang, pengerasan hati, kanser dan lain-lain.

Bagi para doktor homeopati dan sesetengah pengamal perubatan alternatif serta holistik berpendapat bahawa setiap penyakit hendaklah dirawat dan perlu diubati.

Bagi mereka yang belajar Perubatan Homeopati, di dalam buku Perubatan Homeopati ada dijelaskan tentang keburukan imunisasi yang terbagi kepada tiga bahagian iaitu :

1. Sesetengah kanak-kanak mampu menolak kesan imunisasi ini kerana kekuatan daya tahan tubuhnya.
2. Sesetengah kanak-kanak tidak mampu menolak kesan imunisasi sehingga sistem antibodinya menjadi lemah.
3. Ramai kanak-kanak mendapat penyakit kronik akibat imunisasi. 

Adakah imunisasi menurut Islam?

Ada! Bahkan Rasulullah sendiri yang mengajar dan mencadangkannya.
Imam Bukhari dalam Shahih-nya men-takhrij hadits dari Asma’ binti Abi Bakr:
Dari Asma’ binti Abu Bakr bahwa dirinya ketika sedang mengandung Abdullah ibn Zubair di Mekah mengatakan, “Saya keluar dan aku sempurna hamilku 9 bulan, lalu aku datang ke Madinah, aku turun di Quba’ dan aku melahirkan di sana, lalu aku pun mendatangi Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam, maka beliau Shalallaahu alaihi wasalam menaruh Abdullah ibn Zubair di dalam kamarnya, lalu beliau Shalallaahu alaihi wasalam meminta kurma lalu mengunyahnya, kemudian beliau Shalallaahu alaihi wasalam memasukkan kurma yang sudah lumat itu ke dalam mulut Abdullah ibn Zubair. Dan itu adalah makanan yang pertama kali masuk ke mulutnya melalui Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam, kemudian beliau men-tahnik-nya, lalu beliau Shalallaahu alaihi wasalam pun mendo’akannya dan mendoakan keberkahan kepadanya.

Bayi dilahirkan dalam keadaan kekurangan glukosa. Bahkan apabila tubuhnya menguning, maka bayi tersebut dipastikan memerlukan glukosa dalam keadaan yang cukup untuknya. Berat bayi saat lahir juga mempengaruhi kandungan glukosa dalam tubuhnya.
Pada kes bayi pramatang yang beratnya kurang dari 2,5 kg, maka kandungan zat gulanya sangat kecil sekali, dimana pada sebagian kes malah kurang dari 20 mg/100 ml darah. Adapun anak yang lahir dengan berat badan di atas 2,5 kg maka kadar gula dalam darahnya biasanya di atas 30 mg/100 ml.
Kadar semacam ini berarti (20 atau 30 mg/100 ml darah) merupakan keadaan bahaya dalam ukuran kadar gula dalam darah.

Hal ini boleh menyebabkan terjadinya berbagai penyakit, seperti bayi menolak untuk menyusu, otot-otot bayi lemah, aktiviti pernafasan terganggu dan kulit bayi menjadi kebiruan, kontraksi atau kejang-kejang. Kadang-kala boleh juga menyebabkan sejumlah penyakit yang berbahaya dan lama, seperti insomnia, lemah otak, gangguan saraf, gangguan pendengaran, penglihatan, atau kedua-duanya.

Apabila hal-hal di atas tidak segera diatasi atau diubati maka boleh menyebabkan kematian. Padahal ubat untuk itu adalah sangat mudah, yaitu memberikan zat gula yang berbentuk glukosa melalui infus, samada melalui mulut, mahupun pembuluh darah.Majoriti atau bahkan semua bayi memerlukan zat gula dalam bentuk glukosa seketika setelah lahir, maka memberikan kurma yang sudah dilumat boleh menjauhkan sang bayi dari kekurangan kadar gula.

Disunnahkan tahnik kepada bayi adalah ubat sekaligus tindakan pencegahan yang memiliki fungsi penting, dan ini adalah mukjizat kenabian Muhammad SAW secara perubatan dimana sejarah kemanusiaan tidak pernah mengetahui hal itu sebelumnya, bahkan kini manusia tahu bahayanya kekurangan kadar glukosa dalam darah bayi. Tahnik sebaiknya dilakukan oleh orang-orang yang beriman kepada Allah, atau dapat pula dilakukan ayah atau ibu sang bayi.

p/s; penjelasan lebih lanjut bole mrujuk kepada 
http://mindaahad.wordpress.com/2011/01/30/bahaya-suntikan-vaksin-dan-imunisasi/



National Silat Cekak Ustaz Hanafi 2012 Sempena Festival Kasih Budaya

Perak Team

Kursus Sparing Black Belt oleh Jurulatih Korea 2012 di kedah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...