Selasa, 15 Mac 2011

ISTAK..bir HaLaL'

Alhamdulillah aritu berkesempatan ke karnival kedah sejahtera seumpama sure heboh. di perkarangan stadium Alor Star.banyak program yang faedah n booth/gerai2 yang yang pelbagai.,sambil b'jalan melihat gerai2 pameran n jualan..,sorg shabat mgajak minum air minuman di salah satu gerai jualan..nmpaknya sperti botol bir' tetapi itulah produk dri Iran n 100% halal sbelum ni pernah dengar gitu2 juga..tetapi aritu dapat merasa sendri..boleh tahan sedap juga..laen dari yang lain..gas nya.lebih baek n bgus dari minuman ber gas yang laen dari segi kandungannya..p/s kepada perminum2 bir alkohol boley la beralih kepada ISTAK..:) nYumm..InsyaAllah.

Istak 100 peratus produk halal

KUALA LUMPUR: “Jangan ragu-ragu,” kata Pengarah Eksekutif Malaysian Iranian Corporation (MIC) Sdn Bhd yang menjadi pembekal tunggal bir tanpa alkohol ‘Istak’ di negara ini, Azizi Ahmad, berhubung keraguan masyarakat terhadap produk edaran syarikat berkenaan.

Beliau yang memegang ijazah dalam jurusan Pengajian Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, produk terbabit 100 peratus halal selepas melalui proses pemeriksaan ketat serta memperoleh sijil halal dan tayyiba dari Iran.

“Istak tidak melalui proses penapaian atau pengeraman yang menghasilkan alkohol seperti minuman keras, malah tidak mungkin memabukkan walaupun sudah melepasi tarikh luputnya selain diproses 100 peratus orang Islam.

“Jika tidak halal, mana mungkin produk Istak boleh dipamerkan di Mihas (Pameran Halal Antarabangsa Malaysia) 2009, malah dipilih minuman rasmi pameran itu,” katanya ketika dihubungi di Putrajaya, semalam.
Menyentuh mengenai kontroversi penggunaan perkataan bir dalam produk dipasarkan, perkara itu tidak timbul kerana MIC tidak pernah menggunakannya.

“Kekeliruan membabitkan istilah timbul apabila segelintir masyarakat negara ini mengaitkan bir dengan minuman keras sedangkan bir sebenarnya bermaksud minuman berasaskan barli. Hal ini tidak perlu diperbesarkan kerana sebelum ini ada syarikat menggunakan perkataan bir contohnya, ‘root beer’ dalam produk mereka,” katanya.

“Bagaimanapun, bagi mengelakkan kontroversi di kalangan masyarakat negara ini, MIC sejak awal tidak menggunakan perkataan bir dalam membabitkan pemasaran dan pengiklanan Istak, sebaliknya mahu dikenali minuman berasaskan barli tanpa alkohol,” katanya.

Menurutnya, tidak adil untuk masyarakat membandingkan Istak dengan minuman beralkohol.

“Sepatutnya, kita perlu berbangga kerana MIC pasarkan minuman alternatif yang mampu membawa kesan positif kepada masyarakat, sama ada muslim atau tidak.

“Contohnya pada Mihas baru-baru ini, ada seorang wanita bukan Islam yang membeli berpuluh-puluh tin Istak untuk diberikan kepada suaminya yang kaki botol,” katanya.

Menyentuh reka bentuk membabitkan logo, warna dan corak produk terbabit yang dikatakan menyamai minuman keras, Azizi berkata, rekaan Istak mengikut piawaian bagi produk minuman berasaskan barli.

“Slpas membuat kajian mendalam terhadap produk ini, MIC berasakan sekarang adalah masa terbaik untuk perkenalkan produk ini. Saya juga berharap masyarakat selepas ini mengaitkan Istak dengan minuman kesihatan, bkn arak krna hakikatnya memang begitu,”

4 ulasan:

zaf berkata...

Haram tetap haram nuff said.

zaf berkata...

Haram tetap haram nuff said.

Unknown berkata...

kenapa botol dan tin menyerupai arak....secara halus mengelirukan.....terutama dari kanak2 kecil...yg remaja pun terkesan....tak kan ada rasa 'lain' bila dikelilingi botol2 dan tin2 arak....ini ke antara agendanye....

Unknown berkata...

Mintak nombor telefon boleh sebab nak Oder air istak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...