Jumaat, 3 Ogos 2012

Sistem Ekzos

 Di sini nak kongsikan sedikit ilmu maklumat yang aku tahu tentang ekzos di sini..
Kereta secara asasnya terdiri daripada beberapa sistem utama, iaitu:
  • Sistem bahan api
  • Sistem ekzos
  • Sistem pelinciran
  • Sistem penyalaan
  • Sistem transmisi
  • Sistem elektrik
  • Sistem penyejukan
  • Sistem kemasukan udara
  • Sistem kerangka dan suspensi
Semua sistem ini berkerjasama tetapi diselanggarakan secara berbeza. Maksudnya, kalau salah satu sistem mengalami masalah, hanya sistem tersebut yang akan diselanggarakan.

Fokus kita di sini ialah Sistem Ekzos yang berfungsi bagi menyingkirkan gas-gas ekzos hasil pembakaran bahan api daripada enjin. Sistem ini bermula daripada cylinder head ke ekstraktor (exhaust manifold) ke catalytic converter dan ke muffler.
Menurut maklumat yang ada, penukaran sistem ekzos dengan pengiraan yang betul mampu untuk meningkatkan kuasa kuda (horsepower) kereta. Secara ringkasnya, panjang ekzos adalah berkadar songsang dgn RPM. Ekzos yang panjang bagus untuk RPM rendah, manakala ekzos pendek bagus untuk RPM tinggi.

Untuk mana-mana sistem ekzos, pasti wujud back pressure iaitu suatu keadaan dimana tekanan udara diluar ekzos lebih tinggi daripada tekanan gas dalam ekzos.

Tekanan gas dalam ekzos boleh dikawal menggunakan ekstraktor (exhaust manifold) yang sesuai. Contohnya:
  • Ekstraktor 4-1 - Laluan gas ekzos dari 4 manifold terus keluar ke ekzos. Pada RPM rendah, macam tiada power sebab tekanan gas dalam ekzos tidak tinggi (Gas agak sukar untuk keluar), tapi pada RPM tinggi, memang power sebab tekanan gas dalam ekzos lebih besar dari back pressure dan gas ekzos keluar tanpa ada halangan.

  • Ekstraktor 4-2-1 - Laluan gas ekzos yang keluar dari 4 manifold, dikumpul masuk ke dalam 2 tabung kecil yang bertujuan untuk meningkatkan tekanan gas dalam ekzos yang keluar sebelum ditumpukan keluar ke muffler. Pada RPM rendah, tekanan gas dalam ekzos sememangnya lebih tinggi dari back pressure membuatkan kereta lebih power pada takat RPM tesebut. Tapi, semakin RPM meningkat, tiada peningkatan dalam kuasa (mendatar) kerana banyak gas terkumpul dan laluan gas ekzos terhalang.





Tapi masih ada penyelesaiannya: Pilih muffler yang sesuai sebab muffler standard yang pada kereta standard biasanya terpaksa mematuhi beberapa peraturan dan terikat kepada kos pembuatan kereta tersebut.

Macam mana nak pilih muffler yang sesuai untuk kereta anda?

Muffler adalah satu alat yang digunakan untuk mengurangkan bunyi ekzos kereta. Ia biasanya diletakkan pada bahagian hujung paip ekzos di belakang kereta.
Secara amnya terdapat 2 jenis muffler yang digunakan pada kereta iaitu Muffler S-Flow dan Muffler Straight Flow. Tetapi jenis muffler yang digunakan pada kereta biasa yang baru adalah jenis s-flow, sebabnya muffler jenis ini sesuai untuk penggunaan harian bagi pengguna biasa.

Pilih muffler mengikut kesesuaian anda. Apakah kelebihan dan kekurangan kedua-dua jenis muffler ini?



Jenis S-Flow




Kelebihan:

  • Senyap
  • Kuasa kereta berada di rpm rendah dan tengah
Kekurangan:
  • Menghalang pergerakan angin yang lancar kerana pergerakan angin yang berpusing (bentuk "S") dalam muffler
  • Menghasilkan back pressure yang tinggi
  • Kurang kuasa di RPM tinggi
Jenis Straight Flow

Kebaikan:

  • Aliran angin yang lebih baik kerana angin hanya melalui muffler tanpa berpusing (Kurang back pressure)
  • Kuasa berada di RPM tinggi
  • Enjin yang lebih responsif dan lebih pick-up

Keburukan:
  • Bising berbanding S-Flow
  • Menaikkan penggunaan minyak (fuel consumption)
  • Kurang kuasa di RPM rendah

Tetapi kelemahan Straight Flow Muffler boleh diatasi dengan menggunakan silencer.

Ada dua jenis silencer. Satu jenis yang diletakkan di tengah ekzos (tabung tengah) dan satu lagi yang dipasang pada hujung muffler (muffler tip) yang diikat menggunakan skru dan boleh dibuka pada bila-bila masa.

Silencer jenis kedua, sememangnya akan mengurangkan bunyi bising dan menambahkan kuasa pada RPM rendah tetapi anda terpaksa mengorbankan sedikit kuasa pada RPM tinggi.
*sebenarnya nak tukar ekzos baru 2 yang kongsi...ehe..@~~

saya pilih mengundi..


Setiap Orang mempunyai pendirianya masing-masing sama ada dari bidang politik @ lain-lain. Bukan mudah untuk mengubah pendirian diri sesiapa, jika dia tidak memahami matlamat sebenarnya, sebab itu perlunya penelitian juga pembandingan dari pelbagai arah serta landasan yang hendak ditujui bukan hanya datang dari media massa,elektronik mahupun cetak yang kebolehpercayaan adalah sangat nipis dan kadang kalanya tidak logik.Jika  berbicara dari segi kancah politik bagi diriku..apa yang aku inginkan dan lihat bukanlah dari sudut kemajuan pembangunan,prasarana semata-mata dan codong ke arah hiburan serta budaya-budaya barat diserapkan menjadi FakTor UTAMA kepada pemilihan tersebut, tanpa menghalusi dari mana sumbernya juga memikirkan apa akan berlaku/terjadi jika begini diteruskan pada masa kedepan, Sebaliknya yang diinginkan adalah biarlah dari segi lahiriah,dalaman, pembentukkan akhlak, rohani dan keadilan pelbagai sudut menjadi tunjang kepada pemilihan tersebut barulah melihat kepada pembangunan dan sebagainya. Yang mana MemPerjuangkan Islam itulah pilihan. Mengapa perlu kepada parti itu..kerana itu yang menentukan masa hadapan dan juga pembentukkan insani. Bagi peluang kita lihat bagaimana hasilnya baru kita analisis. Jangan diisaukan kepada hilangnya hak-hak keistimewaan dan sebagainya..Jika atas nama Islam semuanya akan dijaga..Negara yang berbilang bangsa tidak perlu khuatir jika adanya elemen keadilan dan diterapkan amalan yang kesesakmaan tetatp tidak kpada hak-hak yang sudah tertakluk..sudah pasti akan di fahami oleh bangsa lain..Parti yang mana menyokong @ membantu kepada parti yang memperjuangkan islam kita akan sehaluan..Akhirnya tiada siapa yang tidak pernah membuat salah..kesilapan dalam parti itu lumrah lah..yg penting adalah Matlamatnya..InsyaAllah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...