Jumaat, 3 Ogos 2012

Sistem Ekzos

 Di sini nak kongsikan sedikit ilmu maklumat yang aku tahu tentang ekzos di sini..
Kereta secara asasnya terdiri daripada beberapa sistem utama, iaitu:
  • Sistem bahan api
  • Sistem ekzos
  • Sistem pelinciran
  • Sistem penyalaan
  • Sistem transmisi
  • Sistem elektrik
  • Sistem penyejukan
  • Sistem kemasukan udara
  • Sistem kerangka dan suspensi
Semua sistem ini berkerjasama tetapi diselanggarakan secara berbeza. Maksudnya, kalau salah satu sistem mengalami masalah, hanya sistem tersebut yang akan diselanggarakan.

Fokus kita di sini ialah Sistem Ekzos yang berfungsi bagi menyingkirkan gas-gas ekzos hasil pembakaran bahan api daripada enjin. Sistem ini bermula daripada cylinder head ke ekstraktor (exhaust manifold) ke catalytic converter dan ke muffler.
Menurut maklumat yang ada, penukaran sistem ekzos dengan pengiraan yang betul mampu untuk meningkatkan kuasa kuda (horsepower) kereta. Secara ringkasnya, panjang ekzos adalah berkadar songsang dgn RPM. Ekzos yang panjang bagus untuk RPM rendah, manakala ekzos pendek bagus untuk RPM tinggi.

Untuk mana-mana sistem ekzos, pasti wujud back pressure iaitu suatu keadaan dimana tekanan udara diluar ekzos lebih tinggi daripada tekanan gas dalam ekzos.

Tekanan gas dalam ekzos boleh dikawal menggunakan ekstraktor (exhaust manifold) yang sesuai. Contohnya:
  • Ekstraktor 4-1 - Laluan gas ekzos dari 4 manifold terus keluar ke ekzos. Pada RPM rendah, macam tiada power sebab tekanan gas dalam ekzos tidak tinggi (Gas agak sukar untuk keluar), tapi pada RPM tinggi, memang power sebab tekanan gas dalam ekzos lebih besar dari back pressure dan gas ekzos keluar tanpa ada halangan.

  • Ekstraktor 4-2-1 - Laluan gas ekzos yang keluar dari 4 manifold, dikumpul masuk ke dalam 2 tabung kecil yang bertujuan untuk meningkatkan tekanan gas dalam ekzos yang keluar sebelum ditumpukan keluar ke muffler. Pada RPM rendah, tekanan gas dalam ekzos sememangnya lebih tinggi dari back pressure membuatkan kereta lebih power pada takat RPM tesebut. Tapi, semakin RPM meningkat, tiada peningkatan dalam kuasa (mendatar) kerana banyak gas terkumpul dan laluan gas ekzos terhalang.





Tapi masih ada penyelesaiannya: Pilih muffler yang sesuai sebab muffler standard yang pada kereta standard biasanya terpaksa mematuhi beberapa peraturan dan terikat kepada kos pembuatan kereta tersebut.

Macam mana nak pilih muffler yang sesuai untuk kereta anda?

Muffler adalah satu alat yang digunakan untuk mengurangkan bunyi ekzos kereta. Ia biasanya diletakkan pada bahagian hujung paip ekzos di belakang kereta.
Secara amnya terdapat 2 jenis muffler yang digunakan pada kereta iaitu Muffler S-Flow dan Muffler Straight Flow. Tetapi jenis muffler yang digunakan pada kereta biasa yang baru adalah jenis s-flow, sebabnya muffler jenis ini sesuai untuk penggunaan harian bagi pengguna biasa.

Pilih muffler mengikut kesesuaian anda. Apakah kelebihan dan kekurangan kedua-dua jenis muffler ini?



Jenis S-Flow




Kelebihan:

  • Senyap
  • Kuasa kereta berada di rpm rendah dan tengah
Kekurangan:
  • Menghalang pergerakan angin yang lancar kerana pergerakan angin yang berpusing (bentuk "S") dalam muffler
  • Menghasilkan back pressure yang tinggi
  • Kurang kuasa di RPM tinggi
Jenis Straight Flow

Kebaikan:

  • Aliran angin yang lebih baik kerana angin hanya melalui muffler tanpa berpusing (Kurang back pressure)
  • Kuasa berada di RPM tinggi
  • Enjin yang lebih responsif dan lebih pick-up

Keburukan:
  • Bising berbanding S-Flow
  • Menaikkan penggunaan minyak (fuel consumption)
  • Kurang kuasa di RPM rendah

Tetapi kelemahan Straight Flow Muffler boleh diatasi dengan menggunakan silencer.

Ada dua jenis silencer. Satu jenis yang diletakkan di tengah ekzos (tabung tengah) dan satu lagi yang dipasang pada hujung muffler (muffler tip) yang diikat menggunakan skru dan boleh dibuka pada bila-bila masa.

Silencer jenis kedua, sememangnya akan mengurangkan bunyi bising dan menambahkan kuasa pada RPM rendah tetapi anda terpaksa mengorbankan sedikit kuasa pada RPM tinggi.
*sebenarnya nak tukar ekzos baru 2 yang kongsi...ehe..@~~

17 ulasan:

  1. Salam bos ..untuk neo campro 1.6 better pkai 4-1 or 4-2-1 ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pakai 4-2-1 pun da ok..muffler guna jasma @ hks..tp,kalau main drag atau street,better guna 4-1..dan muffler pulak kene pakai yg straight..baru mencanak pergi..

      Padam
    2. Kalu pakai 4-2-1 center bullet better pakai straight atau twist??sebab sekarang pakai bullet twist..utk mufler nak pakai saiz berapa inchi?? 2.5 inchi tak sedap la pakai..

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. Salam bos sy vios 1.5auto ,, sy nk tnya klu sy nk pakai ekzos brand cam js racing,hks,jasma,,, ektrektor mmg kene tukar ke?? setahu sy stendet pakai 4-1 kan,,, so klu nk tukar ekzos ektrektor kne pakai 4-2-1 ke?? sy xnk bgi lahap sgt minyak,,,

    BalasPadam
  3. Aslkum en zul bullet tegah kereta elok pakai yg panjang atau pendek mana lagi pick

    BalasPadam
  4. Salam tuan, kalau untuk caldina turbo, apa yang sesuai? Patut buat straight pipe ke, atau just buang tabung tengah.

    BalasPadam
  5. Salam bro nak tanya saya guna kerata produa Myvi 1.3 menual...persoalan nya saya kena guna extrctor 4-1 @ 4-2-1 untuk tambah pickup kerita

    BalasPadam
  6. Salam bro.sy pakai persona auto.extractor asal dh pecah,kalau sy nk ganti yg asal tu yg mn paling sesuai 4-1 @ 4-2-1?

    BalasPadam
  7. Salam bro.sy pakai persona auto.extractor asal dh pecah,kalau sy nk ganti yg asal tu yg mn paling sesuai 4-1 @ 4-2-1?

    BalasPadam
  8. Enjin campro pakai ngv ekzos Mana sesuai boss untuk kurang an panas...

    BalasPadam
  9. Mcm mn nak pilih extractor,saiz piping,mufler s atau straight persona auto utk pick-up pd rpm rendah

    BalasPadam
  10. Salam tuan sekarang ni tgh konpius nak angkat header/ekstraktor 4-2-1 atau 4-1 mna stu lbh bgus apa perbezaan n kelebihan harap dpt reply

    #waja(mt)
    #ekzosjasma

    BalasPadam
  11. salam ..boss sya pakai kreta wira se klu tukar exzos 421 sesuai tak dan adakah apa2 tambahan di perlukan jika menggunakan exzos 421

    BalasPadam