
1. Puasa adalah ibadah fardhu yang diwajibkan ke atas orang-orang yang  beriman, dengan tujuan agar memperolehi Taqwa. ALLAH subhanahu wata’ala  berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa  sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu  bertaqwa.” (Surah al-Baqarah 2:183)
2. Ibadah puasa sangat tinggi nilainya di sisi ALLAH dan ALLAH sendiri  yang akan mengganjarinya. Puasa boleh menjadi perisai dari perbuatan  tidak berfaedah dan kegembiraan yang besar bagi orang-orang yang beriman  yang melakukan ibadah puasa ini.
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“ALLAH ‘Azza wa Jalla berfirman: “Semua amal perbuatan anak Adam  (manusia) itu bagi dirinya sendiri kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu  untukKU dan AKU yang akan membalasnya. Puasa itu adalah perisai, oleh  kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka  janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada  seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia  berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”. Demi Dzat yang jiwa  Muhammad berada dalam genggamanNYA, sungguh bau mulut orang yang  berpuasa itu di sisi ALLAH lebih harum dari bau minyak kasturi. Bagi  orang yang berpuasa ada 2 kegembiraan iaitu gembira ketika ia berbuka  dan gembira ketika ia menghadap Tuhannya kerana besar pahala puasa” (HR  Bukhari & Muslim)
3. Ibadah puasa pada bulan Ramadhan boleh menghapuskan semua dosa-dosa yang pernah kita lakukan pada masa lampau.
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan  hanya mengharapkan pahala daripada ALLAH, maka diampuni dosa-dosanya  yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)
4. Pada bulan Ramadhan, sekalian manusia mempunyai peluang yang besar  untuk melakukan kebaikan danmenggandakan kebaikan-kebaikan itu.
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila bulan Ramadhan datang, maka dibukalah pintu-pintu syurga dan  ditutuplah pintu-pintu neraka, serta diikat syaitan-syaitan.” (HR  Bukhari & Muslim)
5. Menjadi idaman setiap insan yang dahagakan ganjaran pahala daripada  Allah SWT iaitu malam Lailatul Qadr. Firman Allah SWT : Maksudnya :
 p/s teman2..jgn gini ya..:)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan