Selasa, 15 Mac 2011

ISTAK..bir HaLaL'

Alhamdulillah aritu berkesempatan ke karnival kedah sejahtera seumpama sure heboh. di perkarangan stadium Alor Star.banyak program yang faedah n booth/gerai2 yang yang pelbagai.,sambil b'jalan melihat gerai2 pameran n jualan..,sorg shabat mgajak minum air minuman di salah satu gerai jualan..nmpaknya sperti botol bir' tetapi itulah produk dri Iran n 100% halal sbelum ni pernah dengar gitu2 juga..tetapi aritu dapat merasa sendri..boleh tahan sedap juga..laen dari yang lain..gas nya.lebih baek n bgus dari minuman ber gas yang laen dari segi kandungannya..p/s kepada perminum2 bir alkohol boley la beralih kepada ISTAK..:) nYumm..InsyaAllah.

Istak 100 peratus produk halal

KUALA LUMPUR: “Jangan ragu-ragu,” kata Pengarah Eksekutif Malaysian Iranian Corporation (MIC) Sdn Bhd yang menjadi pembekal tunggal bir tanpa alkohol ‘Istak’ di negara ini, Azizi Ahmad, berhubung keraguan masyarakat terhadap produk edaran syarikat berkenaan.

Beliau yang memegang ijazah dalam jurusan Pengajian Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, produk terbabit 100 peratus halal selepas melalui proses pemeriksaan ketat serta memperoleh sijil halal dan tayyiba dari Iran.

“Istak tidak melalui proses penapaian atau pengeraman yang menghasilkan alkohol seperti minuman keras, malah tidak mungkin memabukkan walaupun sudah melepasi tarikh luputnya selain diproses 100 peratus orang Islam.

“Jika tidak halal, mana mungkin produk Istak boleh dipamerkan di Mihas (Pameran Halal Antarabangsa Malaysia) 2009, malah dipilih minuman rasmi pameran itu,” katanya ketika dihubungi di Putrajaya, semalam.
Menyentuh mengenai kontroversi penggunaan perkataan bir dalam produk dipasarkan, perkara itu tidak timbul kerana MIC tidak pernah menggunakannya.

“Kekeliruan membabitkan istilah timbul apabila segelintir masyarakat negara ini mengaitkan bir dengan minuman keras sedangkan bir sebenarnya bermaksud minuman berasaskan barli. Hal ini tidak perlu diperbesarkan kerana sebelum ini ada syarikat menggunakan perkataan bir contohnya, ‘root beer’ dalam produk mereka,” katanya.

“Bagaimanapun, bagi mengelakkan kontroversi di kalangan masyarakat negara ini, MIC sejak awal tidak menggunakan perkataan bir dalam membabitkan pemasaran dan pengiklanan Istak, sebaliknya mahu dikenali minuman berasaskan barli tanpa alkohol,” katanya.

Menurutnya, tidak adil untuk masyarakat membandingkan Istak dengan minuman beralkohol.

“Sepatutnya, kita perlu berbangga kerana MIC pasarkan minuman alternatif yang mampu membawa kesan positif kepada masyarakat, sama ada muslim atau tidak.

“Contohnya pada Mihas baru-baru ini, ada seorang wanita bukan Islam yang membeli berpuluh-puluh tin Istak untuk diberikan kepada suaminya yang kaki botol,” katanya.

Menyentuh reka bentuk membabitkan logo, warna dan corak produk terbabit yang dikatakan menyamai minuman keras, Azizi berkata, rekaan Istak mengikut piawaian bagi produk minuman berasaskan barli.

“Slpas membuat kajian mendalam terhadap produk ini, MIC berasakan sekarang adalah masa terbaik untuk perkenalkan produk ini. Saya juga berharap masyarakat selepas ini mengaitkan Istak dengan minuman kesihatan, bkn arak krna hakikatnya memang begitu,”

Bala bencana adalah PeringatanNYA..

Dari berbagai rangkaian musibah, ujian dan bala bencana yang menimpa manusia, khususnya negeri ini, adalah karena perbuatan maksiat dan dosa mereka kepada Allah Swt dan RasulNya dalam merespon dakwah para Nabi dan Rasul-rasul Allah Swt. Selain itu mereka juga mendustakan ayat-ayat Allah, mengkufuri nikmat-nikmatNya dan menukarkan kenikmatan itu dengan kekafiran, serta para penguasa dan pembesar-pembesarnya menukar hukum Allah dengan hukum jahiliyah dan kecenderungan masyarakat memilih serta mengikuti tradisi nenek moyang dengan ajaran sesatnya yang bertolak belakang dari hidayah dan Sunnah Rasulullah Saw.

Al Qur’an menjelaskan, membenarkan hal tersebut, Allah Swt berfirman:
“Dan tidak adalah Tuhanmu membinasakan kota-kota, sebelum Dia mengutus di ibukota itu seorang rasul yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan tidak pernah (pula) Kami membinasakan kota-kota; kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.” (QS. Al Qhashash, 28 : 59)
FirmanNya lagi:
“Dan Tuhanmu sekali-kali tidak akan membinasakan negeri-negeri secara zalim, sedang penduduknya orang-orang yang berbuat kebaikan.” (QS. Hud : 117)
FirmanNya lagi:
“Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman? Dan Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui.” (QS. An Nisaa : 147)
FirmanNya lagi:
“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” (QS. Al Isra, 17 : 16)
FirmanNya lagi:
“Tak ada suatu negeripun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuzh).” (QS. Al Isra, 17 : 58)
FirmanNya lagi:
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari dosa-dosamu.” (QS. As Syura, 42 : 30)
FirmanNya lagi:
“Dan Allah Telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezkinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk)nya mengingkari nikmat-nikmat Allah; Karena itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat.” (QS. An-Nahl, 16 : 112)
FirmanNya lagi:
“Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukar nikmat Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan? Yaitu neraka Jahannam; mereka masuk kedalamnya; dan Itulah seburuk-buruk tempat kediaman.” (QS. Ibrahim, 14 : 28-29)

Perkara Mendatangkan Musibah & Bala Bencana.
Dari Ali bin Abi Thalib Ra berkata: Rasulullah Saw bersabda: “Apabila umatku telah melakukan lima belas perkara, maka halal baginya (layaklah) ditimpakan kepada mereka bencana.” Ditanyakan, apakah lima belas perkara itu wahai Rasulullah?
Rasulullah Saw bersabda: “Apabila…
  1. Harta rampasan perang (maghnam) dianggap sebagai milik pribadi,
  2. Amanah (barang amanah) dijadikan sebagai harta rampasan,
  3. Zakat dianggap sebagai cukai (denda),
  4. Suami menjadi budak istrinya (sampai dia),
  5. Mendurhakai ibunya,
  6. Mengutamakan sahabatnya (sampai dia),
  7. Berbuat zalim kepada ayahnya,
  8. Terjadi kebisingan (suara kuat) dan keributan di dalam masjid (yang bertentangan dengan syari’ah),
  9. Orang-orang hina, rendah, dan bejat moralnya menjadi pemimpin umat (masyarakat),
  10. Seseorang dihormati karena semata-mata takut dengan kejahatannya,
  11. Minuman keras (khamar) tersebar merata dan menjadi kebiasaan,
  12. Laki-laki telah memakai pakaian sutera,
  13. Penyanyi dan penari wanita bermunculan dan dianjurkan,
  14. Alat-alat musik merajalela dan menjadi kebanggaan atau kesukaan,
  15. Generasi akhir umat ini mencela dan mencerca generasi pendahulunya;
Apabila telah berlaku perkara-perkara tersebut, maka tunggulah datangnya malapetaka berupa; taufan merah (kebakaran), tenggelamnya bumi dan apa yang diatasnya ke dalam bumi (gempa bumi dan tananh longsor), dan perubahan-perubahan atau penjelmaan-penjelmaan dari satu bentuk kepada bentuk yang lain.” (HR. Tirmidzi, 2136)
Itulah perkara-perkara yang menyebabkan suatu negeri mengalami kekacauan, kehancuran, kesempitan, kemelaratan, perseteruan, dan perpecahan satu sama lainnya, antara rakyat dengan rakyat dan rakyat dengan penguasa. Korupsi dan ketidakadilan merajalela, segala macam penyakit bermunculan menimpa manusia, yang benar-benar menyulitkan dan membinasakan kehidupan manusia, hewan dan tumbuh-tumbuhan.
Oleh sebab itulah, Rasulullah Saw berdoa agar sahabat-sahabatnya tidak menjumpai keadaan yang demikian dahsyat dan terpuruknya. Dari semua perkara yang menyebabkan datangnya siksa dan azab itu. Insya Allah akan berakhir jika manusia dan kaum Muslimin khususnya kembali kepada Allah dan Rasul Nya, berpegang teguh kepada Dinullah (Islam yang sebenar-benarnya, menurut Al Qur’an dan As Sunnah) mengikut petunjuk Rasulnya.
Sebagai penutup, renungkanlah firman Allah Swt berikut serbagai introfeksi kita semua:

”Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri Beriman dan Bertakwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.” (QS. Al A’raf, 7: 96)
dan pada ketika bala Itu datang Kapada Siapa untuk kita MeMohon PerTolOnGan..?
Wallahu’alam bis showab

Rabu, 9 Februari 2011

Kebahagiaan & Ketenangan ada di mana2..

Orang kata, kalau ikut Islam boleh tenang, bahagia. Dan kita, hari-hari bersembahyang. Namun ketenangan dan kebahagiaan yang dicari-cari, tetap tak kunjung tiba. Mengapa??
 
Kiranya bahagia itu tidak dapat diukur dengan mata kasar, kerana pandangan mata selalunya menipu. Masakan melihat seorang wanita dengan lengan yang bersusun dengan gelang permata kita sudah boleh mengatakan dia bahagia...

Namun..... bahagia dapat dirasa di hati, boleh dikesan pada wajah. Sebaliknya jika tiada, hati boleh merasa dan tak mungkin ditipunya. Kadang-kadang, pada lahirnya sesebuah keluarga itu sudah nampak aman damai. Namun, hakikatnya hati para penghuninya masih tak bahagia. Mengapa? Rasa-rasa masih ada lagi yang kurang...

Ketenangan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNYA yang beriman dan bertaqwa.
Mereka yang mendapat ketenangan seperti mendapat syurga yang disegerakan (Al-Jannatul Ajilah) sebelum mendapat syurga yang kekal abadi di akhirat. Mereka yang telah menikmatinya tidak akan terpengaruh dengan suasana untuk mendapat tenang dan bahagia.

Justeru setiap apa yang dilakukan di atas muka bumi ini, bukan untuk mengejar bahagia. Tapi atas rasa dirinya sebagai hamba yang perlu mentaati perintah dan menjauhi larangan Tuhan, demi mendapatkan keredhaanNYA. Dalam berseorangan pun mereka rasa bahagia, apatah lagi ketika ramai. Sewaktu susah dan kesempitan pun mereka rasa bahagia, apalagi di kala senang dan lapang. Keredhaan Allah cukup besar maknanya bagi mereka.

Namun, tidak semestinya pula mereka miskin, jika dalam kaya itu ada keredhaan Allah. Dan tidak semestinya mereka susah kalau dalam senang dan lapang itu terdapat kecintaanNYA. Islam adalah cara hidup mereka dan kebahagiaan mereka. Islam dijadikan pegangan bukan kerana mahukan kebahagiaan, sebagai kebebasan, untuk lari dari masalah. Kerana orang yang ikut Islam kerana hendakkan bahagia, bila gagal menemui ketenangan dan kebahagiaan setelah Islam diamalkan, tak mustahil mereka akan berpaling kepada cara hidup yang lain.

Mereka yang bahagia dengan Islam adalah mereka yang mengatur seluruh aspek kehidupan secara Islam kerana merasakan dirinya adalah hamba yang perlu patuh pada PENCIPTANYA dan Islam itu tidak sekali-kali dijadikan sebagai alat untuk mendapatkan keindahan dan kebahagiaan sementara. Indahnya Islam bagi mereka kerana ia merupakan syariat Allah yang sangat syumul dan praktikal.

Bahkan untuk mendapatkan keredhaan Allah, ada antara mereka yang diuji dengan kehilangan orang yang tersayang dan kehilangan kebahagiaan dalam keluarga. Tetapi, mereka masih dapat merasa tenang kerana merasakan segala yang datang itu, hakikatnya adalah dari Allah jua. Sebagai hamba, tidak selayaknya dipersoalkan ketetapan Allah yang tentunya mempunyai maksud di sebaliknya.

Seperti Siti Asiah isteri Firaun, rela diseksa oleh suaminya lantaran mempertahankan iman yang berharga. Begitu pula Nasibah yang bersungguh-sungguh melepaskan suami dan anak-anaknya yang masih muda ke medan perang, dan Ummu Habibah, isteri baginda Rasulullah yang sanggup berpisah dengan bekas suaminya yang kembali kepada kekufuran, kerana mahu mempertahankan iman.
Kerana cinta dan redha Allah itu adalah segala-galanya, hingga berkata Rabiatul Adawiyah; "...Jika di dalam Neraka itu ada redha-MU, campakkanlah aku ke dalamnya."

Ketenangan akan datang dalam diri bilamana dapat dirasakan, segala yang datang itu hakikatnya dari Allah jua.Wallahualam..

Isnin, 24 Januari 2011

Kerana Marah..

Ada suatu kisah seorang anak laki-laki yang bersifat pemarah. Untuk mengurangi kebiasaan marah sang anak, dengan hikmah ayahnya memberikan sekantong paku  dan mengatakan pada anak itu untuk memakukan sebuah paku di pagar belakang setiap kali dia marah.

Hari pertama anak itu telah melakukan 32 paku ke pagar setiap kali dia marah. Lalu secara bertahap jumlah itu berkurang. Dia mendapati bahwa ternyata lebih mudah menahan amarahnya daripada memaku paku ke pagar.

Akhirnya tibalah hari dimana anak tersebut merasa sama sekali bisa mengendalikan amarahnya dan tidak cepat kehilangan kesabarannya. Dia memberitahukan hal ini kepada ayahnya, yang kemudian mengusulkan agar dia mencabut satu paku untuk setiap hari dimana dia tidak marah.

Hari-hari berlalu dan anak laki-laki itu akhirnya memberitahukan ayahnya bahwa semua paku telah tercabut olehnya.

Lalu sang ayah menuntun anaknya ke pagar.
“Hmm, kamu telah berhasil dengan baik anakku, tapi lihatlah lubang-lubang di pagar ini. Pagar ini tidak akan pernah bisa sama seperti sebelumnya”

“Ketika kamu mengatakan sesuatu dalam kemarahan. Kata-katamu dan perbuatanmu meninggalkan bekas seperti lubang ini di hati orang lain”

AMARAH adalah suatu FITRAH yang ada dalam diri manusia
Tetapi bila kita TIDAK  meLUAPkannya...
Maka itu adalah lebih UTAMA...
Karena luapan kemarahan hanya akan MENYAKITI orang lain yang akan 'terus MEMBEKAS'
Dan menjadi 'PENYESALAN' diri kita...
  
”Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surgayang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yangbertakwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya danmema`afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (QS Ali Imran : 133-134)

 Seorang lelaki datang menemui Rosululloh shollallohu ‘alaihi wa sallam,
“Wahai Rosululloh, ajarkanlah kepada saya sebuah ilmu yang bisa mendekatkan saya ke surga dan menjauhkan dari neraka”. Maka beliau shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jangan tumpahkan kemarahanmu. Niscaya surga akan kau dapatkan”   (HR. Thobrani, Shohih)

Ijazah Tamat Silat cekak hanafi

Alhamdulillah pada 23 Jan 2011 telah selamat di adakan majlis ijazah tamat p'silatan cekak ustz hanafi & bicara guru bgi kelas awam negeri perak oleh Guru Utama YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi di surau An Nur felda lasah sg. siput. Setelah skian lama akhir dpt tamat jga dari ijazah ptama taun 2004 aku masuk waktu di ipt baru sekarng dpt tamat ekoran dengan kerja  & on off trun latihan bila ad wktu free.,jika di bandingkan dengan shbt2 yg laen yg amik masa setahun shja utk tamat..Ape pun xkisah bgiku,niatku tuk bljr.,msih jauh lgi..ini adalah permulaan bgi kami utk memahirkan buah2 y di pelajari, byk lgi buah2 y msih ingat2 lupa he..& byk lgi buah y akn di pelajari. Apa y di perolehi dari silat ini bukan skadar ilmu mmpertahankan diri tetapi utk membentuk sahsiah,jati diri seorng muslim,displin dan hormat kepada ibu bapa dan guru.
 Dalam bicara guru Ym sheikh md radzi (abg mad) myentuh keyakinan & pharapan hy kepada Allah Yg Maha Esa serta memperjelaskan isu mngenai masalah silat cekak ini yang kita sedia maklum terdapat 2 seni silat cekak ustaz hanafi y namaye sama..,(ada 2 guru utama). Ahli2 perlu jelas & faham tentang Mamdat perguruan serta meneliti shalusy thadap isu y berlaku..terdapat pelbagai konspirasi y di lakukan utk mjatuhkan Guru Utama, cdey mdgr silat sama silat..tp itu la y berlaku krna kuasa,drjat n ego. Tetapi yakin lah selagi kita di pihak y benar Allah bersama kita - InsyaAllah...

Sabtu, 1 Januari 2011

Belang vs Garuda

Alhamdulillah..Tahniah buat skuad bola kbgsaan krn telah berjaya dlm Aff Suzuki Cup 2010.,merupakan kali pertama malaysia menjuarai semejak di ptandingkan sekaligus menutup tirai 2010 dengan jayanya. Terima Kasih jga pada bambang yg memastikan malaysia layak ke sparuh akhir dan akhir. Tujuan artikel ni di tulis adalah skdr berkongsi crite..ttg bola sepak..dan kritikan yg akhirnye terbukti/mkn dri sndri. Jika sbelum ini malaysia kalah dgn indon dlm klyakn pasukan sbnyak 5 gol berbalas 1..pelbagai kritikan y di dgr,cemuhan,malu dsb..ada jga dri pyokong indon bkn sume tmasuk media.,mpersenda.pkecilkn n mperli skuad kbgsaan bmcm2 trutama di FB..cdey jga. Tp itulah bola bulat & kekuasaNYA malaysia lyak ke akhir dan rematch kmbali serta dapat menutup mulut2 mrka..n akur yg pasukan kita mmg hbat dengan menunjukkan corak pemainan yg menarik di campur dgn jaringan bkelas dunia.Sume ini juga di bawah pencaturan oleh jurulatih kita sapa lagi klu bukan..Raja apa....Raja..gobal..:). Apa pun thniah sekali lagi buat skuad Kbgsaan yg menang Tanpa pemain IMPORT..totally tulen mlysia,jka dibnding dgn indon.

Jumaat, 10 Disember 2010

Siapakah...

Siapakah orang yang Sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...