Jumaat, 3 Ogos 2012

saya pilih mengundi..


Setiap Orang mempunyai pendirianya masing-masing sama ada dari bidang politik @ lain-lain. Bukan mudah untuk mengubah pendirian diri sesiapa, jika dia tidak memahami matlamat sebenarnya, sebab itu perlunya penelitian juga pembandingan dari pelbagai arah serta landasan yang hendak ditujui bukan hanya datang dari media massa,elektronik mahupun cetak yang kebolehpercayaan adalah sangat nipis dan kadang kalanya tidak logik.Jika  berbicara dari segi kancah politik bagi diriku..apa yang aku inginkan dan lihat bukanlah dari sudut kemajuan pembangunan,prasarana semata-mata dan codong ke arah hiburan serta budaya-budaya barat diserapkan menjadi FakTor UTAMA kepada pemilihan tersebut, tanpa menghalusi dari mana sumbernya juga memikirkan apa akan berlaku/terjadi jika begini diteruskan pada masa kedepan, Sebaliknya yang diinginkan adalah biarlah dari segi lahiriah,dalaman, pembentukkan akhlak, rohani dan keadilan pelbagai sudut menjadi tunjang kepada pemilihan tersebut barulah melihat kepada pembangunan dan sebagainya. Yang mana MemPerjuangkan Islam itulah pilihan. Mengapa perlu kepada parti itu..kerana itu yang menentukan masa hadapan dan juga pembentukkan insani. Bagi peluang kita lihat bagaimana hasilnya baru kita analisis. Jangan diisaukan kepada hilangnya hak-hak keistimewaan dan sebagainya..Jika atas nama Islam semuanya akan dijaga..Negara yang berbilang bangsa tidak perlu khuatir jika adanya elemen keadilan dan diterapkan amalan yang kesesakmaan tetatp tidak kpada hak-hak yang sudah tertakluk..sudah pasti akan di fahami oleh bangsa lain..Parti yang mana menyokong @ membantu kepada parti yang memperjuangkan islam kita akan sehaluan..Akhirnya tiada siapa yang tidak pernah membuat salah..kesilapan dalam parti itu lumrah lah..yg penting adalah Matlamatnya..InsyaAllah..

Isnin, 9 Julai 2012

Indahnya Jika Segalanya Kerana Allah


Seperti yang selalu kita dengar dengan mengingati Allah jiwa-jiwa akan Tenang..
Buatlah/lakukanlah apa saja yang baik dengan menletakkan niat kerana Allah..
Pekerjaan., kegiatan harian., beriadah dsb termasuklah bercinta/berkasih sayang..


Seterusnya jangan dilupai untuk berSyukur kepadaNYA dalam segala hal..dan ketentuannya.,Sesungguhnya itu menjadi hidup penuh berkat, rahmat dan redha.




Selasa, 3 Julai 2012

Hukum Suami Istri Memanggil Panggilan Ummi & Abi


Di sebagian keluarga yang dianggap islami di masyarakat kita terdapat kebiasaan yang dianggap sebagai trend keluarga islami yaitu suami memanggil isterinya dengan panggilan ummi (yang artinya ibuku) dan sebaliknya isteri memanggil suaminya dengan panggilan abi (yang artinya ayahku). Yang patut kita renungkan, benarkah hal ini adalah suatu hal yang islami?
Penulis kitab ar Raudh al Murbi’, sebuah buku fiqh mazhab Hambali mengatakan:
ويكره نداء أحد الزوجين الآخر بما يختص بذي رحم محرم كأبي وأمي
“Dan makruh hukumnya jika salah seorang dari suami atau isteri memanggil pasangannya dengan panggilan yang hanya digunakan untuk memanggil kerabat yang masih mahram semisal abi atau ummi”.
Sedangkan di Hasyiah ar Raudh al Murbi’ dijelaskan sebagai berikut:
“Dimakruhkannya hal di atas karena beberapa alasan: Yang Pertama, terdapat dalam sebuah hadits bahwa ada seorang suami yang memanggil isterinya “Wahai ukhti!”. Mendengar hal tersebut Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya kepadanya, “Apakah dia memang saudarimu?!”. Nabi membenci hal tersebut dan melarangnya. (HR Abu Daud no 2210 dan 2211 namun al Albani menilainya sebagai hadits yang lemah).
ولأنه لفظ يشبه لفظ الظهار،
Kedua, kata-kata tersebut menyerupai kata-kata zhihar (mengatakan pada istri: Engkau seperti punggung ibuku)
ولا تحرم به، ولا يثبت به حكم الظهار، لأنه ليس بصريح فيه، ولا نواه فلا يثبت به التحريم، وجاء أن الخليل قال: إنها أختي، ولم يعد ظهارا.
Namun menggunakan kata-kata di atas tidaklah sampai derajat haram dan tidak menyebabkan terjadinya zhihar karena dua alasan.
Pertama, kata-kata tersebut bukanlah kata-kata yang tegas menunjukkan makna zhihar dan orang yang mengucapkannya juga tidak meniatkan zhihar dengan kata-kata tersebut. Oleh karena itu hukumnya tidak haram.
Kedua, dalam sebuah hadits disebutkan bahwa Nabi Ibrahim al Khalil berkata mengenai isterinya, “Dia adalah ukhti” dan tidak dinilai sebagai zhihar”.
Kutipan di atas bisa dibaca di kitab Hasyiah ar Raudh al Murbi’ jilid 7 hal 8 karya Syeikh Abdurrahman bin Muhammad bin Qasim al ‘Ashimi an Nadi cetakan pertama tahun 1397 H, tanpa penerbit.
Sedangkan ar Raudh al Murbi’ adalah buku karya Manshur bin Yunus bin Idris al Bahuti, seorang ulama mazhab Hambali yang meninggal pada tahun 1051H.


marilah kita mengubahkannya daripada menjadi amalan dan dalam masa yang sama menjauhkan kita dari termasuk kepada menyerupai zhihar..dan makruh.InsyaAllah..

Rabu, 9 Mei 2012

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Rasanya lama sudah aku meninggalkan blog ni., mgkin dengan kesibukan urusan dunia ni dan tiada ekses internet di rumah. Tiba-tiba teringat akan blog aku sampai 2,3 kali sign in coz terlupa password. Alhamdulillah dapat masuk dan mengukir sepatah 2 kata. InsyaAllah akan cuba berkongsi ilmu pengetahuan juga pengalaman kembali dalam masa-masa yang terluang.

Isnin, 12 September 2011

+ E N A M = ?

Jawapannya...
usah fikir lagi....Anda Buat Anda Dapat..:)

Isnin, 1 Ogos 2011

Ramadhan menjelma Kembali.


1. Puasa adalah ibadah fardhu yang diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman, dengan tujuan agar memperolehi Taqwa. ALLAH subhanahu wata’ala berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa.” (Surah al-Baqarah 2:183)

2. Ibadah puasa sangat tinggi nilainya di sisi ALLAH dan ALLAH sendiri yang akan mengganjarinya. Puasa boleh menjadi perisai dari perbuatan tidak berfaedah dan kegembiraan yang besar bagi orang-orang yang beriman yang melakukan ibadah puasa ini.

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“ALLAH ‘Azza wa Jalla berfirman: “Semua amal perbuatan anak Adam (manusia) itu bagi dirinya sendiri kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untukKU dan AKU yang akan membalasnya. Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”. Demi Dzat yang jiwa Muhammad berada dalam genggamanNYA, sungguh bau mulut orang yang berpuasa itu di sisi ALLAH lebih harum dari bau minyak kasturi. Bagi orang yang berpuasa ada 2 kegembiraan iaitu gembira ketika ia berbuka dan gembira ketika ia menghadap Tuhannya kerana besar pahala puasa” (HR Bukhari & Muslim)

3. Ibadah puasa pada bulan Ramadhan boleh menghapuskan semua dosa-dosa yang pernah kita lakukan pada masa lampau.

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala daripada ALLAH, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)

4. Pada bulan Ramadhan, sekalian manusia mempunyai peluang yang besar untuk melakukan kebaikan danmenggandakan kebaikan-kebaikan itu.

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila bulan Ramadhan datang, maka dibukalah pintu-pintu syurga dan ditutuplah pintu-pintu neraka, serta diikat syaitan-syaitan.” (HR Bukhari & Muslim)

5. Menjadi idaman setiap insan yang dahagakan ganjaran pahala daripada Allah SWT iaitu malam Lailatul Qadr. Firman Allah SWT : Maksudnya :
 p/s teman2..jgn gini ya..:)

Rabu, 13 Julai 2011

Amanah Buatku..

Alhamdulillah syukur..segalanya telah dipermudahkan oleh yang ESA..kita hanya mampu merancang akan tetapi perancangan dariNYA adalah yang terbaek.. Aku telah di ketemukan dengan jodoh juga sayap kiriku..tarikh 9 julai juga tarikh perhimpunan BerSih menjadi tanda ikatan kasih telah terbina..Moga hubungan halal yang baru berputik ini akan terus di berada di landasannya & di rahmati serta di berikan kekuatan untuk bersama menharungi badai mehnah,pacaroba perjalanan kehidupan ini..Sesungguhnya p'nikahan ini bukanlah untuk bersukaria smata2..tetapi dkwah  & meneruskan p'juangan..agar cinta ini tidak melebihi cinta kita pada  penciptaNYA ..InsyaAllah...

Sungguh indah ciptaan Tuhan
Jodoh dan pertemuan ditentukan
Indah tika dua jiwa dipertemukan
Dalam redha yang diperkenankan
Pertemuan yang dinantikan
Sekian lamanya oleh dua insan
 
Pertemuan yang tidak dirancang
Mahupun di ada-adakan
Tidak diduga mahupun diteka-teka
Segalanya dalam pengetahuanNya
Tuhan yang Maha Esa
 
Bila dua jiwa ada satu rasa
Bergetar tika merasainya
Mohon padaNya agar terpelihara dari dosa
Salurkan pada yang sepatutnya
Orang tengah itu sebaiknya
 
Syariat dititik beratkan dan diutamakan
Tidak disampingkan mahupun disisihkan
Kerna jiwa terikat dengan peraturan Tuhan
Restu ayah bonda dalam ingatan
Segalanya mengikut kehendak Tuhan
 
Insya’Allah segalanya dipermudah
Allah Maha Tahu lagi Maha Bijaksana
Dengan izinNya bersatulah dua insan
Demi mencari redha Tuhan
Melayari bahtera impian
Merenangi lautan bersama insan pilihan
Bukan pilihan diri untuk insan
Tapi pilihan Tuhan untuk hambanya


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...