Rabu, 1 September 2010

Allah merancang y terbaek buat kita :)


♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

~ALLAH knows BESt!~♥

Khamis, 5 Ogos 2010

Selamat BerPuaSa (*

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak & berpuasa kepada Seluruh pelusuk Umat Islam..syukur alhamdulillah tahun ini jika diberi kesempatan dapat menemui lagi bulan yang di nanti-nantikan..,bersamalah kita mengisi bulan ramadhan yang mulia dan ini dengan amalan-amalan yang sepatutnya..uhu..taun ni rsanye first b'buka xdpt b'sama keluarga di kmpung..Apa pun bila g bazar ramadan nt jgn beli mgikut nafsu..besa la tgk sume nk makan,..

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh barojhah, penuh ampunan. Tidak heran jika banyak umat Islam di seluruh dunia sangat merindukan bulan Ramadhan. Nabi bersabda bahwa pada Bulan Ramadhan di bagi menjadi 3 bagian dimana 10 hari pertama di Bulan Ramadan adalah Rahmat. Dimana pada 10 hari pertama ini banyak sekali rahmat yang diturunkan oleh Allah kepada kita baik yang kita sadari maupun yang tidak kita sadarai.

Kemudian 10 hari kedua adalah maghfirah atau ampunan. Pada 10 hari kedua hendaklah kita memperbanyak sholat malam, berdoa dan dzikir... karena pada sepuluh hari kedua ini adalah kesempatan kita untuk mengurangi dosa-dosa yang sudah kita perbuat. Hendaknya kita berdoa dan dzikir untuk memohon ampunan Allah agar di ampuni dari dosa-dosa dan di jauhkan dari siksa api neraka.

Dan sepuluh hari terakhir adalah penghindaran dari siksa api neraka, pada sepuluh hari terakhir adalah kesempatan kita untuk kembali menyucikan diri dan kita hendaknya lebih banyak lagi berdoa untuk mendapatkan ampunan dari Allah. Karena di bulan ini adalah saatnya kita di beri kesempatan oleh Allah untuk bisa terhindar dari api neraka.
p/s: Kurma jangan lupa
Terawih jangan malas2x..
baca al-quran
insyallah..

10 erti kasihnya..

1. Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
Mimpi Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?
" Manusia merancang, Allah menentukan."

Jumaat, 25 Jun 2010

Bulan Rejab'

Kelebihan Bulan Rejab

1. Sabda Nabi S.A.W. : Hendaklah kamu memuliakan bulan rejab nescaya ALLAH muliakan kamu dgn seribu kemulian di hari Qiamat. (Al-Hadis)
2. Sabda Nabi S.A.W. : Bulan Rejab Bulan ALLAH, Bulan Syaaban Bulanku, Dan Bulan Ramadan Bulan Umatku. (al-Hadis)
3. Kemuliaan Rejab dgn mlm Israk Mikrajnya, Syaaban dgn mlm Nisfunya, dan Ramadhan dgn Lailatul-Qadarnya.
4. Mlm awl rejab mustajab doanya(dlm kitab Raudhoh Iman Nawawi)
5. Bagi siapa yg lemah dr berpuasa pd bln rejab hendaklah bersedekah tiap2 ari skurg sbiji roti.(al-Hadis)
6. Allah buka pintu langit sampai ke langit ke-7
7. Allah buka pintu syurga
8. Allah mudah mengampunkan dosa hamba-Nya

Amalan Bulan Rejab

1. berpuasa
2. smbhyg sunat mengirigi fardhu n ssudah fardhu
3. berdoa
4. bertasbih
5. sembhyg tahajjud
6. smbhyg sunat tasbih


*** Bramalah pd 27 rejab dgn bersungguh2.
Berpuasa pd siang n beramal yg lain

*** pd 27 rejab, bykkan bersedekah.

*** Pd mlmnya, berjaga mlm penuh dgn amalan.

Selasa, 22 Jun 2010

NaTional Tkd 2010'



Alhmdulillah selesai sudah kejohanan Tkdo kbgsaan 2010 di shah alam pada 18-20 jun 2010,sekali lagi kedah menjuarai keseluruhan dgn 9 emas dan juga merupakan kjohanan yg akhir bgiku..krn bniat utk bhenti dari acara sparring,mgkin next kbgsaan di sabah aku akn pergi skdar refree dan masuk acara special teknic shja.Tahun ini syukur krn kedah dpt mjulang & mbawa blik terus piala agung mizan. Ckup la.. ini kali ke 7 aku main kbgsaan xlaarat.. dah., sume itu atas minat, riadah & kwn2..amien Ya raBB ats kjayaan ini.

Rabu, 2 Jun 2010

Peace of soul




Maafkan diriku..

Kiranya benar takdir pertemuan kita
cuma setakat ini
maaf ku pohon darimu teman
dari detik pertama
hingga saat perpisahan

Maaf ku tak berdaya
menjadi seperti yang kamu inginkan
tiada niat untuk ku melukakan hatimu...
tiada daya ku merealitikan segala impian itu..
aku cuma diriku
aku bukan insan sempurna

ketahuilah teman..siapalah diriku ini..
dalam perjalanan sepiku ini....
tiada yg indah melainkan kecintaanNYA
Yg hanya berlandaskan ketulusan jiwa...

Maaf ku tak bisa
melupakan segala yang ada padamu
akan sentiasa di kalbuku
menjadi kenangan antara kita

Andai tiba saatnya
kamu sudah temui pengantiku
akan ku titipkan doa moga kamu bahagia di sampingnya
indahnya pekenalan ini
jika bertemu dan berpisah
kerana mu ya Allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...